Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T kerana mengizinkan saya menulis di laman blog ini. Semoga para pembaca sentiasa dalam keredhaan Allah.. InSyaaAllah :) Pada kali ini, sekali lagi saya ingin berkongsi dengan kalian semua yang pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai Islam itu Mudah dan indah :) Mari kita sama-sama renung-renungkanlah...
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
___________________________________________________
“Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”
(Al-Baqarah: 185)
___________________________________________________
Dinul Islam adalah ajaran dan panduan yang diturunkan dari tuhan yang Maha Pencipta, Pemelihara, Pemilik langit, bumi serta segala isinya, termasuk manusia tentunya. Sehingga Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah zat yang Maha Mengetahui batas kekuatan, kemampuan, serta potensi manusia. Oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menetapkan syari’at yang sesuai dengan kemampuan mereka dan bukan dengan kemahuan hawa nafsu mereka. Dinul Islam bukanlah hendak mempersempitkan hidup manusia bahkan Islam datang untuk memudahkan kehidupan manusia.
___________________________________________________
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِنَّ الدِّيْنَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّيْنَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ
“Sesungguhnya agama ini (Islam) mudah, dan tidak ada seorang pun yang mempersempitkannya melainkan (agama itu) mengalahkan dia (mengembalikan dia kepada kemudahan).”
(HR Al-Bukhari no. 39)
___________________________________________________
Islam bukan agama ritual penyeksaan diri, Islam memberi keringanan ketika sakit atau tidak mendapatkan air dengan bertayammum sebagai pengganti wudhu'. Islam menekankan untuk menyegerakan berbuka puasa bila telah tiba waktunya, bahkan melarang puasa terus-menerus setiap hari selain puasa Ramadhan. Islam juga menekankan pentingnya solat malam, namun melarang melaksanakannya semalam suntuk. Islam mensyariatkan untuk menikah, melarang membujang kepada pemeluknya.
Wahai saudaraku, semoga Allah S.W.T memuliakan kita. Sebagai contoh dalam urusan kematian, Islam mensyariatkan urusan pengkebumian mudah. Jika ada seorang muslim yang meninggal dunia maka jenazahnya cukup dimandikan, dikafankan, disolatkan, dikuburkan dan juga disunnahkan dimintakan memohon keampunan kepada Allah S.W.T untuknya.
Disunnahkan pula kita berta’ziyah dengan mendoakan dan menghiburkan keluarga si mati. Bahkan Rasulullah S.A.W pernah memerintahkan para sahabat untuk memasak makanan untuk keluarga Ja’far radhiyallahu ‘anhu setelah meninggalnya Ja’far radhiyallahu ‘anhu. Sebagaimana dalam sabda Rasulullah S.A.W (yang ertinya):
___________________________________________________
“Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far, kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang menyibukkan mereka.”
(HR. At Tirmidzi)
_______________________________________________
IBADAH BERSIFAT TAUQIFIYAH
_________________________________________________________________________________
Wahai saudaraku di jalan Allah S.W.T , semoga Allah S.W.T menjaga kita. Ketahuilah, ibadah dalam islam adalah bersifat tauqifiyah, ketetapan yang tidak boleh berubah, kita tidak boleh kita menambah atau mengurangkan dari apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah S.A.W . Tidak ada ruang bagi kita untuk membuat tatacara dan bentuk baru dalam ibadah. Baik buruknya ibadah bukan diukur dari banyak-sedikitnya amalan, namun kayu ukurnya adalah keikhlasan dan kesesuaian dengan contoh dari Nabi S.A.W. Sehingga Islam itu tidak sulit dan tidak merpersulit, kerana tinggal mengikuti contoh amalan Nabi S.A.W
___________________________________________________
“Tiga orang sahabat Nabi datang ke rumah isteri-isteri Nabi S.A.W. Mereka ingin bertanyakan tentang ibadah yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. Setelah mereka mendapatkan maklumat tentang ibadah Nabi, seakan-akan mereka menganggap bahawa amalan mereka sedikit. Mereka menyatakan: “Di mana kedudukan kita dibandingkan dengan Nabi S.A.W ? Padahal Nabi telah diampuni dosa-dosanya baik yang telah lalu mahupun yang akan datang.” Akhirnya salah seorang di antara mereka berkata: “Adapun saya, akan mendirikan solat malam selamanya (tidak pernah tidur malam).” Yang kedua berkata: “Sedangkan saya akan berpuasa selamanya, tidak ingin berbuka walaupun sehari.” Adapun sahabat terakhir berkata: “Saya akan menjauhi wanita dan tidak akan bernikah selamanya.” Maka kemudian Rasulullah datang menemui mereka dan bertanya:
“Apakah benar kalian yang menyatakan demikian dan demikian? Demi Allah, sungguh aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dibanding kalian. Aku adalah orang yang paling bertakwa kepada Allah dibanding kalian. Akan tetapi aku berpuasa juga berbuka. Aku mengerjakan solat malam dan aku juga tidur. Aku pun menikahi kaum wanita. Maka barangsiapa yang membenci sunnahku, dia bukan termasuk golonganku.”
(HR. Al-Bukhari no. 5063 dan Muslim no. 1159)
___________________________________________________
Alasan kedatangan ketiga sahabat tersebut: “Kerana amalan Rasulullah S.A.W yang secara lahiriah diketahui oleh kaum muslimin secara umum, seperti amalan baginda di masjid, di pasar, atau yang baginda lakukan ditengah masyarakat bersama para sahabat, majoriti sahabat di Madinah mengetahuinya. Adapun amalan baginda yang bersifat sirr (tersembunyi), hanya keluarga baginda yang tahu dan sebahagian para sahabat yang membantu baginda seperti Abdullah bin Mas’ud, Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu dan yang lainnya. Maka, datanglah ketiga sahabat tersebut ke rumah isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W untuk bertanyakan ibadah baginda ketika berada di rumah.
Ini kerana para sahabat memiliki iman dan semangat yang tinggi untuk beramal soleh, maka mereka menganggap sedikit amal ibadah yang telah mereka kerjakan. Sehingga masing-masing bertekad untuk memilih satu bentuk ibadah. Salah seorang di antara mereka bertekad untuk berpuasa setiap hari, yang kedua hendak mengerjakan solat malam sepanjang malam, adapun yang ketiga akan menjauhi wanita tidak menikah. Namun ketika cara ibadah yang dilakukan ketiga sahabat tersebut melampaui batas dari yang telah diajarkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka Nabi S.A.W menegur dan membimbing mereka.
______________________________________________________________
BAHAYA BERLEBIHAN DALAM IBADAH
Ibadah secara berlebihan tidak disukai. Mengapa? Ibnu Hajar menukil pernyataan Ibnu Baththal sebagaimana dalam Fathul Bari, “Perkara tersebut dibenci kerana dikhawatirkan munculnya sikap jemu sehingga justeru meninggalkan ibadah tersebut secara keseluruhan.”
___________________________________________________
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahwa Nabi S.A.W, suatu hari masuk menemui ‘Aisyah radhiyallahu ‘anhu. Pada waktu itu ada seorang wanita di sisinya. Rasulullah bertanya, “Siapa wanita itu?” Aisyah menjawab, “Fulanah, dia sedang menceritakan tentang (lamanya) solat malamnya. Maka Rasulullah bersabda,“Cegahlah dia, hendaknya kalian beramal sesuai dengan kemampuan. Demi Allah, Allah tidak akan jemu sampai kalian sendiri yang merasa jemu.”‘Aisyah juga mengkhabarkan bahawa ibadah yang paling baginda sukai adalah ibadah seseorang yang dilakukan secara berkelanjutan.
(Muttafaqun ‘Alaihi)
___________________________________________________
Di dalam hadith di atas terdapat faedah bahawa sudah seharusnya bagi seorang hamba tidak memaksakan diri dalam menjalankan ketaatan dan banyak beramal di luar batas kemampuan. Kerana perkara itu akan menimbulkan perasaan yang justeru berakibat fatal, iaitu meninggalkan ibadah tersebut semuanya. Keberadaan dirinya yang selalu menjaga amalan dan istiqamah, walaupun sedikit, tentu lebih utama.
(Demikian penjelasan Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin ).
___________________________________________________
“Dan tidak ada seorang pun yang mempersulitnya melainkan (agama itu) mengalahkan dia (mengembalikan dia kepada kemudahan).”
(HR. Al Bukhari no. 39)
___________________________________________________
Makna hadith ini ialah adanya larangan bagi seseorang yang hendak memberatkan diri dalam amalan din (agama), kerana dia tidak akan mampu meneruskan amalan melebihi batas yang disyariatkan. Dan pada akhirnya dia akan jemu dan mengalami kekalahan.
___________________________________________________
Wahai saudaraku yang semoga Allah S.W.T Merahmati kita semua. Marilah kita perhatikan baik-baik nasihat seorang sahabat mulia Salman Al-Farisi terhadap sahabat AbuDarda’ radhiyallahu ‘anhu :
___________________________________________________
“Nabi S.AW mempersaudarakan antara Salman dan Abu Darda’. Suatu hari Salman Al-Farisi datang berkunjung ke rumah Abu Darda’. Mendapati keluarganya kurang mendapatkan perhatian dari Abud Darda’, Salman Al –Farisi pun bertanya, “Ada masalah apa?” Isteri Abud Darda` menjawab, “Saudaramu, Abu Darda’ tidak lagi memerlukan dunia.” Kemudian datanglah Abu Darda’ membuat makanan untuk Salman dan berkata, “Makanlah, aku sedang berpuasa.” Salman berkata, “Saya tidak akan menikmati makanan ini kecuali engkau menemaniku makan. Maka Abu Darda’ ikut makan makanan tersebut.
Di saat malam hari tiba Abu Darda’ bangkit untuk mengerjakan solat malam. Salman menasihati agar Abu Darda’berehat dan tidur. Beliau pun menurut dan segera tidur. Di pertengahan malam Abu Darda’ ingin menegakkan solat malam. Salman masih memberi nasihat yang sama, agar beliau berehat dan tidur. Setelah masuk waktu akhir malam, Salman pun membangunkan Abu Darda’, “Bangunlah sekarang!”Mereka berdua lalu mendirikan solat malam. Sesudah itu Salman menyampaikan nasihat, “Sesungguhnya Rabb-mu memiliki hak darimu.
Dirimu pun juga memiliki hak. Demikian pula keluargamu memiliki hak yang harus engkau tunaikan. Maka tunaikanlah haknya masing-masing.” Setelah kejadian itu, beliau menemui Nabi S.A.W, untuk menceritakan kisahnya. Rasulullah bersabda, “Salman memang benar.”
(HR. Al-Bukhari 8/40, 6139)
___________________________________________________
Perhatikan hadith berikut:
“Suatu hari Nabi S.A.W masuk ke dalam masjid. Baginda mendapati seutas tali terikat di antara dua tiang masjid. Lantas Rasulullah bertanya, “Tali untuk apa ini?” Para sahabat menjawab, “Tali ini milik Zainab. Apabila dia merasa penat bersolat, dia pun bergantung dengan tali tersebut.” Maka Nabi S.A.W memerintahkan, “Lepaskan tali ini! Hendaknya siapa pun di antara kalian menegakkan solat dalam keadaan berdiri. Apabila dia merasa penat hendaknya dia duduk.”
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)
___________________________________________________
Asy-Syaikh Ibnu ‘Uthaimin menjelaskan, “Dalam hadith ini terdapat dalil bahwa tidak dibenarkan seorang hamba terlalu memberat-beratkan serta berlebihan (keluar dari tuntunan syari’at) dalam beribadah. Ia memaksakan diri untuk melaksanakan sesuatu yang di luar batas kemampuannya. Seharusnya ia menegakkan solat dalam keadaan semangat. Manakala ia merasa penat hendaknya ia berhenti, tidur untuk berehat. Kerana orang yang solat dalam keadaan penat ,perhatiannya terhadap sholat akan lemah, tidak akan khusyu’ dan jemu. Mungkin saja ia akan menbenci ibadah tersebut. Bahkan boleh jadi yang tadinya ingin mendoakan kebaikan untuk dirinya, ternyata malah mendoakan keburukan bagi dirinya.
(Lihat Syarah Riyadhush Shalihin)
___________________________________________________
Semoga apa yang telah kita baca ini dapat kita fahaminya isi kandungannya dan InSyaaAllah dapat amalkannya :) sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Sekian, Assalamualaikum :)
